Apa yang bakal anda tahu ini adalah FAKTA.
Jangan hiraukan khabar angin di media sosial yang
mengutarakan kemenangan Pakatan Rakyat, sebagai contoh:
“(Just got this msg from a friend. Unconfirmed report) Apparently Putra Jaya issued an order that weffm Monday, all staff not allowed OT and only authorized staff are allowed into PM department !!!! They saw the revolt at PAS Ceramah in Putrajaya recently. Clearly Prime Minister Office are cleaning shits in the office before handover. Sign of bn preparing defeat.”
Ini boleh menjadi counter-propaganda yang sengaja diedarkan oleh BN untuk mewujudkan rasa terlalu yakin dengan
kemenangan awal di kalangan penyokong Pakatan Rakyat dan untuk menimbulkan
keadaan keselamatan yang tidak terkawal . Apabila kita berasa selamat, kita
leka, dan kita akan melengah-lengahkan sebarang usaha, dan ketika itulah BN akan
mengalahkan kita.
Selain itu ada beberapa lagi khabar angin yang berputar
sekarang:
“Ada beribu pengundi hantu
diterbangkan ke Selangor dari Sabah.”
“Pengundi berdaftar yang dikesan
mengundi PR pada PRU12 telah dikeluarkan daripada senarai mengundi selepas
memberikan Kad Pengenalan mereka ketika menghadiri program BN.”
Tiada satu pun yang diatas dapat disahkan dan kita tidak
sepatutnya mengerahkan segala masa dan tenaga
untuk bersama war-warkan khabar
angin tersebut. Hanya tinggal beberapa hari lagi sebelum 5 Mei.
Sekiranya anda ingin tahu apa yang benar, baca berikutnya:
- Pengundi wanita telah kembali menyokong BN selepas menerima sejumlah wang dan projek segera.
- Pengundi Melayu Islam kembali menyokong BN kerana takut tindak balas bukan Islam.
- Pengundi Bukan Islam Bandar telah ditakutkan dengan HUDUD dan mengambil pilihan untuk mengundi “Syaitan yang dikenali daripada yang tidak”, walaupun HUDUD tidak disenaraikan dalam Manifesto Pakatan Rakyat.
- 3 hari terakhir adalah sangat genting kerana BN akan berusaha sehabisnya. Kita bakal dikejutkan dengan wang, ketakutan dan pelbagai skandal.
- Dakwaan bagi pelbagai penipuan secara besar-besaran akan berlaku, dan khabar angin mengenai dakwat kekal, pengundi hantu dan kehilangan pengundi berdaftar daripada senarai pengundi bakal menjadi kenyataan.
Apakah maksud semua ini? Ini bermakna Pakatan Rakyat telah mungkin
menerima sokongan meluas sejak beberapa tahun kebelakangan ini tetapi BN secara
diam-diam telah mengalihkannya dan
Pakatan Rakyat mungkin boleh kalah dengan majoriti tipis. Ingat Pilihan Raya
Negeri Sarawak 2011 apabila kita semua begitu yakin akan menang?
Apa yang ANDA perlu lakukan untuk menidakkan kemenangan BN
kali ini? Dengan hanya duduk dihadapan komputer dan menyiarkan artikel di media
sosial adalah tidak membantu.
Mulakan langkah anda ke pejabat kempen Pakatan Rakyat (PKR,
DAP, PAS) yang terdekat dan tawarkan diri untuk menjadi Penceramah, Pemerhati
atau sebagai Ejen Tempat Mengundi.
- Kita perlu melindungi pengundi kita daripada dipujuk oleh BN untuk mengundi bagi status quo. Berkempen adalah mudah - hanya bercakap dan menerangkan kepada mereka mengapa anda menyokong Pakatan Rakyat. Jelaskan mengapa wang tunai yang diberikan adalah hanya penyelesaian sementara dan tidak mungkin dapat memberikan harapan dan masa depan yang lebih baik.
- Kita perlu melindungi undi kita dan anda boleh memainkan peranan anda dengan menjadi pelindung undi sebagai pemerhati atau ejen tempat mengundi. Ini adalah cara terakhir – bersama kami dengan membuat pendirian anda dan melindungi undi ANDA daripada dicuri.
Saya memberikan anda kebenaran. Bukan khabar angin. Kini
ianya terpulang kepada anda untuk melakukan tindakan anda jika anda mahu
Pakatan Rakyat untuk menang pada 5 Mei.
Dan yang lebih penting, ANDA dan SEMUA penyokong Pakatan
Rakyat harus BERSUNGUH-SUNGGUH dan keluar mengundi bagi mengatasi masalah
pengundi hantu. Setiap Undi itu penting!
Setiap Kerusi itu penting!
Berkongsi mesej penting ini.
LAWAN TETAP LAWAN!
VERNON AJI KEDIT
Ketua Penerangan
PKR Sarawak
1 comment:
info yg bagus...
Post a Comment